Friday, August 29, 2008

Apa dah jadi ! Cabul saja dikalangan atlet !

Kasihanilah atlet atlet kita , dahlah tak dapat pingat banyak, cabul pulak......! Ini lah masaalah yang amat berat untuk kita tanggung sahinggakan orang penting , berpengalaman pulak tu, telah kantoi mengenai cabul. Apa dah jadi Malaysia....?
Sahingga mak bapak dia cukup takut untuk melepaskan anak gadis mereka untuk pergi trainning dengan jurulatih-jurulatih. Jadi disini pihak saya sarankan agar setiap jurulatih hendaklah pergi kursus motivasi demi untuk menaikkan nama Malaysia di arena olimpik sahingga mendapat pingat emas, buka lagi isu cabul. Para jurulatih juga mesti disarankan atau mesti mengikuti kursus bagaimana untuk menjadi seorang jurulatih yang bertanggung jawab dan juga bersemangat untuk menaikkan imej Malaysia di persada dunia dan juga bersemangat untuk melatih para atlet kita bersemangat untuk mendapat pingat emas di olimpik bukan lagi hanya untuk mendapat pecah rekod sendiri saja.

Wednesday, August 20, 2008

Semagat Chong Wei

Kejayaan Olimpik di Beijing, seperti yang kita sedia tau kepulangan wira kita Lee Chong Wei telah membawa satu lembaran baru kepada kita di Malaysia walaupun kita hanya mendapat perak. Kilauan emas hampir digapai tetapi kecewa kerana kelincahan dan semangat permainan yang ditunjukkan oleh pemain negara China iaitu Lin Dan.
Kita janganlah memandang remeh tentang kemampuan pihak lawan.sesuatu pekara yang kita ingin capai dan kecapi mestilah membuat kajian yang lebih mendalam.kenapa masa peringkat separuh akhir Chong Wei dapat mempamerkan permainan yang begitu memberangsangkan tetapi malangnya di peringkat akhir ia diperbudakkan oleh pihak lawan...dimana silapnya?
Pada pandangan saya apabila kita hendak menghadapi pihak lawan jangan memikirkan kehandalan kita,kepantasan kita dan semangat kita yang sedia ada.kita haruslah memikirkan kehandalan semangat permainan pihak lawan dan kita harus menambahkan prestasi yang kita sedia ada mencapai ke tahap 150% perubahan pada diri kita barulah kita berjaya mencapai apa yang kita inginkan.....sebagai contoh kita jangan asyik memikirkan "sudah masuk final cukup",kita mesti mengalahkan Lin Dan, dan mesti menang permainan itu dan msti mendapat emas dengan semangat cintakan negara.

ini adalah pandangan saya.....

Saturday, August 9, 2008

Otai Menulis

Pn. Aisyah minta maaf kerana lambat create blok...ni memang betul-betul dah berkarat...Insyaallah malam ni atau esok saya akan menulis isu-isu yang releven denga kursus yang dipelajari - Sport Media