Wednesday, August 20, 2008

Semagat Chong Wei

Kejayaan Olimpik di Beijing, seperti yang kita sedia tau kepulangan wira kita Lee Chong Wei telah membawa satu lembaran baru kepada kita di Malaysia walaupun kita hanya mendapat perak. Kilauan emas hampir digapai tetapi kecewa kerana kelincahan dan semangat permainan yang ditunjukkan oleh pemain negara China iaitu Lin Dan.
Kita janganlah memandang remeh tentang kemampuan pihak lawan.sesuatu pekara yang kita ingin capai dan kecapi mestilah membuat kajian yang lebih mendalam.kenapa masa peringkat separuh akhir Chong Wei dapat mempamerkan permainan yang begitu memberangsangkan tetapi malangnya di peringkat akhir ia diperbudakkan oleh pihak lawan...dimana silapnya?
Pada pandangan saya apabila kita hendak menghadapi pihak lawan jangan memikirkan kehandalan kita,kepantasan kita dan semangat kita yang sedia ada.kita haruslah memikirkan kehandalan semangat permainan pihak lawan dan kita harus menambahkan prestasi yang kita sedia ada mencapai ke tahap 150% perubahan pada diri kita barulah kita berjaya mencapai apa yang kita inginkan.....sebagai contoh kita jangan asyik memikirkan "sudah masuk final cukup",kita mesti mengalahkan Lin Dan, dan mesti menang permainan itu dan msti mendapat emas dengan semangat cintakan negara.

ini adalah pandangan saya.....

2 comments:

Amar said...

Bang Otai nampaknya kita kantoi lagi...walaupun kantai Cong Wei dapat ganjaran dan pencen lagi dan gelaran dato lagi....bang Otai bila nak dapat datuk he..he..he..

EmBuN PaGi said...

Salam,

Whatever it is...Congratulation to Datuk Lee Chong Wei. Misbun Pun dah dapat datuk.

embun pagi