Friday, September 5, 2008

Lepas Tanggungjawab pada Kem. Pelajaran

Memang lah perkara tersebut melegakan Persatuan bolasepak negeri. Tapi kita perlu ingat bahawa yang hendak membangunkan bolasepak dipersada dunia adalah persatuan bolasepak negeri dan juga negara....., bak kata pepatah "Lembu punya susu, sapi dapat nama". Apa tidaknya.., penat - penat sekolah melahirkan bakat-bakat muda, bila meningkat 20 dia orang dapat nama. Sebagai contoh : pemain Negeri Sembilan iaitu Mohd Zaquan Adha....ada tak dia orang sebut nama sekolah yang melahir bakat muda ini? Sedangkan Zaquan dikenali semasa SUKMA di Negeri Sembilan.
Jadi disini saya ingin menyarankan agar pihak persatuan bolasepak negeri atau pun negara sama sama dipertanggungjawabkan untuk melahirkan bakat muda didalam proses pencarian butir-butir emas yangbakal mencorak pasukan bolasepak negara dipersada dunia. Diharap dengan kerjasama yang bersungguh sungguh dari pihak negeri mahupun negara demi kemajuan bolasepak negara yang dicintai.... jangan sampai dikedudukan 160 di dunia.....! Agar kedudukan tersebut akan berubah kalau boleh ditempat pertama didunia ..... wallah huallam.

1 comment:

aiShaH said...

Salam..
Don't forget to add your photo and clock